::: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU :: GURU PEMBINA NEGARA BANGSA ::  BERBURU KE PADANG DATAR, DAPAT RUSA BELANG KAKI,BERGURU KEPALANG AJAR,BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI :: JADILAH APAPUN PADA AKHIR KEHIDUPANMU, GURUKU,BUDI YANG DIAPUNGKAN DIJULANG ILMU, PANGGILAN KERAMAT CIKGU,KEKAL TERPAHAT, MENJADI KENANGAN DIAKHIR HAYAT... TERIMA KASIH CIKGU ::

Mula Bersekolah

Salam buat semua....
Pada 1hb Januari 2010 ini, SKBR akan mula menerima murid baru di Tahun Satu. Pendaftaran akan bermula pada pukul 8.30 pagi bermula dengan pembayaran yuran dan juga taklimat kepada penjaga murid Tahun Satu. Segala urusan akan dibuat di kantin sekolah untuk memudahkan penjaga tanpa perlu pergi jauh dari satu kelas ke kelas yang lain. Semoga di tahun baru (2010) ini, akan semakin ceria dan bersama-sama memartabatkan pendidikan di sekolah rendah.

Guru Berpindah

Salam Semua ......
Berita terkini yang diketahui... Pn Selvi a/p Subramaniam, En Jamaluddin b Khamis dan En Mohd Zain b Md Sevan akan bertukar ke sekolah yang baru. Difahamkan, Pn Selvi akan ke SK Seremban 2, En Jamaluddin akan ke SK Bukit Rokan Utara dan En Mohd Zain ke SK Sg Kelamah. Semoga lebih ceria dan sukses di sekolah yang baru. Segala jasa baik dan tunjuk ajar selama ini didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga berjumpa di lain masa.

PERTUKARAN GURU BESAR

Salam semua...
Guru Besar kita Pn Wan Melati Bt Mat Lazin telah ditukarkan ke SK Jelai 2 dan digantikan dengan En Rofii B Sharip. Semoga sukses di tempat yang baru.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Tahniah.....

Semoga anugerah yang diberi akan menambahkan lagi komitmen kepada tugas yang diberi.
Ucapan tahniah kepada Cikgu Mohd Isa bin Abu Bakar, Puan Norliza bt Z`Abidin dan Cikgu Azhar bin Arshad atas anugerah yang diterima. Semoga terus maju....

Terima kasih

Ceramah H1N1

Assalamualaikum......

Untuk pengetahuan semua, satu siri ceramah berkaitan H1N1 telah dijalankan di sekolah kita pada pukul 11.00 pagi tadi. Ia dijalankan oleh pasukan dari Hospital Daerah Tampin. Ianya bertujuan mengukuhkan pemahaman para pelajar dan guru tentang H1N1 yang semakin berleluasa sekarang. Diharapkan agar semua pengetahuan yang didapati akan memberi makna yang besar kepada kesihatan kita.

terima Kasih

KEBUN SAYUR SEKOLAH





BERITA TERKINI

Untuk makluman semua warga SK Bukit Rokan..........

Pasukan kriket SK Bukit Rokan di bawah pengurusan EN MOHAMAD NAZARUL BIN MOHAMAD beserta Jurulatih bersama TN HJ YUSRI BIN ABDULLAH dan EN NORAZMI BIN CHE LAH telah berjaya menduduki tempat ketiga dalam Kejohanan Kriket MSSMNS Bawah 12 Tahun. Ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan terutama ini adalah penyertaan pertama sekolah.
Majlis penyampaian hadiah kepada peserta dijangkakan akan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Puan Wan Melati Binti Mat Lazin pada 18.5.2009.

Cerita 2

Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Satu cerita menarik

Satu cerita menarik yang saya nak kongsikan dengan anda semua... harapan boleh dijadikan teladan kepada semua...

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dalam satu majlis yang sungguh meriah. Semua keluarga dan kawan2 hadir untuk menyaksikan hari yang berbahagia ini. Kedua mempelai begitu anggun dan menawan dalam persandingan yang indah. Setiap mata yang memandang bersetuju mengatakan mereka adalah pasangan yang secocok, sepadan dan saling menyintai.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita, masing-masing akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita" sambil menunjukkan majalah tersebut kepada isterinya.
"kemudian kita akan berbahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita lebih bahagia".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatatkan hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa saja yang terlintas di benak mereka.

Keesokan harinya ketika sarapan, mereka sudah siap sedia untuk membentangkannya dan berbahas.

"Abang akan mulakan dulu ye" kata suami. Banyak yang ditulisnya sekitar dua mukasurat.

Ketika membacakan satu persatu hal yang dia tidak suka tentang isterinya, ia memerhatikan bahawa air mata isterinya mula mengalir.....

"Maaf, apakah abang harus berhenti" tanyanya.
"Oh tidak, teruskan" jawab isterinya.

Lalu si suami meneruskan membaca kesemua yang tersenarai, lalu kembali melipatkan kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata "sekarang giliran sayang pula membaca senarai"

Dengan suara yang perlahan isterinya berkata,"saya tidak mencatat satu pun di atas kertas saya, bagi saya abang sudah sempurna dan tidak ingin dan tidak akan mengubah diri mu abang... abang adalah tersendiri... abang adalah pelengkap segala kekurangan saya... dan jika ada pun kekuranagan abang, kekurangan itulah yang mendekatkan hati saya dengan abang."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya dengan ungkapan dan isi hati isterinya... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya...

Si suami kemudian tertunduk dan menangis.....

MORAL

Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup sempurna untuk dibandingkan dengan orang lain..?

Kalau jawapannya "ya", maka kita berbohong atau kita perasan, kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki.

Carta Kurikulum

Carta Ko-Kurikulum

UCAPAN GURU BESAR








Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kepada semua diharapkan dapat memanafaatkan apa yang bakal diperolehi dari Laman PSS SKBR ini. Diharapkan agar sama-sama kita dapat menjayakan dan memartabatkan bidang pendidikan di malaysia ini.
Sekian terima kasih

BIODATA GURU GPM

Pn Rosfaizah bt Saari

MATLAMAT, OBJEKTIF, MISI DAN VISI PSS

Falsafah Pendidikan negara

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketrampilan , berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga , masyarakat dan negara


Matlamat


Matlamat PSS adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah melalui peningkatan profesionalisme guru-guru berdasarkan kepada penghayatan Falsafah Pendidikan Negara. PSS SKBR akan merealisasikan potensi dan individualiti guru serta murid sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran wawasan 2020 selaras dengan dasar pembangunan negara kita.

Visi


Menjadikan PSS SKBR cemerlang dan terbilang menjelang 2012

Misi


PSS SKBR akan berusaha :-
Mencapai kecemerlangan Pendidikan Muzik mengikut etika dan pendidikan profesional.

Menjana pendidikan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan negara dalam memenuhi tuntutan profesionalisme.