::: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU :: GURU PEMBINA NEGARA BANGSA ::  BERBURU KE PADANG DATAR, DAPAT RUSA BELANG KAKI,BERGURU KEPALANG AJAR,BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI :: JADILAH APAPUN PADA AKHIR KEHIDUPANMU, GURUKU,BUDI YANG DIAPUNGKAN DIJULANG ILMU, PANGGILAN KERAMAT CIKGU,KEKAL TERPAHAT, MENJADI KENANGAN DIAKHIR HAYAT... TERIMA KASIH CIKGU ::

TATASOPAN BERUCAP

TATASOPAN BERUCAP DALAM TEKS

Bagi majlis – majlis formal, teks ucapan yang dirancang digunakan sepenuhnya tanpa mengubah isi – isi yang ditetapkan. Ia seolah – olah skrip ucapan yang disiapkan sebelum majlis bermula.

Menurut Mokhtar (1999), teks ucapan yang baik dan berprotokol mestilah bersaiz setengah lipatan kertas bersaiz A4. Satu muka surat untuk satu pengumuman dan jumlah muka surat bergantung kepada jumlah pengumuman yang diberikan sepanjang majlis berjalan.

MAJLIS PERPISAHAN

Ucapan Penganjur Majlis Perpisahan

Selaku ketua jawatankuasa yang menganjurkan majlis itu, pengerusi menyatakan tujuan serta objektif utama majlis diadakan. Beliau cuba menyatakan beberapa peristiwa indah ketika yang diraikan mula berkhidmat dengan organisasi. Dalam setiap idea yang diberikan beliau memuji – muji penglibatan yang diraikan serta cuba menonjolkan kerja kuat yang diraikan dalam organisasi selama ini.

Beberapa kejayaan yang dicapai sepanjang perkhidmatan beliau bertugas dinyatakan satu persatu. Dalam perkara ini tarikh anugerah ataupun kejayaan hendaklah dinyatakan dengan betul supaya semua hadirin yang ada dapat mengingatkan semula kejayaan yang dinyatakan. Misalnya di sekolah, pengerusi jawatankuasa hendaklah menyebut kejayaan sepanjang guru yang diraikan itu menjawatn jawatan pegawai sukan sekolah. Dengan menyatakan bentuk kejayaan misalnya sekolah kita berjaya menjadi johan pertandingan bola sepak peringkat negeri pada tahun 1997 dan sebagainya.

Diakhir ucapan pengerusi jawatankuasa juga hendaklah memanjatkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat sehingga majlis perpisahan itu berjaya dijalankan. Ucapan terima kasih hendaklah dimulakan dengan penjawat jawatan tertinggi dalam organisasi, diikuti pembantu pentadbir, ahli – ahli jawatankuasa seterusnya kepada semua yang hadir memberikan sokongan pada majlis.

Ucapan Orang Yang Diraikan Dalam Majlis Perpisahan

Dalam majlis perpisahan seorang yang diraikan mestilah memberikan ucapan yang terbaik kerana ia adalah ucapan terakhir beliau dengan rakan – rakan sekerja dijabatan itu. Banyak kejadian yang di luar jangka berlaku dalam majlis – majlis seumpamanya apabila orang yang diraikan secara tiba – tiba mengikut emosi dan tidak dapat mengawal perasaan ketika berucap. Akibatnya ramailah hadirin dan rakan sekerja terasa hati dengan mesej yang disampaikan.

Pernyataan suasana emosi yang tidak terkawal dapat memberi kesan negatif yang lama di hati sanubari para hadirin yang menghadiri majlis itu. Perkara ini akan diingat sampai bila – bila dan ada kalanya beliau tidak dihormati lagi oleh rakan sekerjanya akibat luahan rasa tidak puas hati itu. Oleh itu sangatlah penting orang yang diraikan memikirkan isi ucapannya supaya tidak menyinggung pihak yang mendengar yang memang majikannya sendiri. Perkara yang hendak disampaikan sepatutnya hanyalah segala perkara yang indah – indah dan ucapan terima kasih kepada majikan yang lama menerima khidmatnya.

Sebagai panduan kepada mereka yang bakal diraikan dalam majlis perpisahan berikut ialah beberapa perkara yang perlu ada dan perlu dielakkan ketika memberikan ucapan terakhir itu

1. Berterima kasih kepada ahli jawatankuasa penganjur yang bertungkus lumus menjayakan majlis itu.

2. Memuji – muji rakan sekerja yang membantu sepanjang beliau berkhidmat dengan organisasi itu.

3. memuji – muji pekerja sokongan terutama yang bertugas di pejabat dengan segala khidmat dan pertolongan yang diberikan.

4. Berterima kasih kepada pengurus ataupun ketua jabatan dengan segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan sepanjang perkhidmatannya di situ.

5. Memohon maaf di atas segala kesilapan yang dilakukan kepada semua kakitangan di semua peringkat sepanjang perkhidmatan di situ.

6. Memaafkan semua rakan setugas serta semua kakitangan atasan dan bawahan di atas segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan sama ada secara sengaja ataupun tidak.

7. Menungkai semual detik – detik paling indah ketika berkhidmat dengan organisasi berkenaan :

8. Mempelawa supaya semua kakitangan atasan ataupun bawahan supaya sentiasa mengunjungi kediaman atau rumahnya jika mempunyai kelapangan.

9. Memberikan hadiah cenderahati kepada organisasi sebagai tanda penghargaan kepada organisasi dan semua kakitangan.

10. Bersalam – salaman dengan semua hadirin, dimulakan dengan jawatan tertinggi hinggalah kepada pekerja bawahan.

Majlis Perkahwinan Keluarga Melayu

Pada masa ini banyak majlis perkahwinan yang dianjurkan di dewan-dewan orang ramai , di lot-lot banglo yang disewa khas, di dewan atau kompleks sukan daerah dan sebagainya. Bagi mereka yang mengadakan majlis perkahwinan di hotel ataupun dewan-dewan orang ramai maka sudah tentulah terdapat slot-slot ucapan yang dirancang misalnya slot ucapan bapa mertua, slot ucapan ibu mertua, slot ucapan bapa pengantin ataupun ibu pengantin ataupun wakil hadirin yang terpilih.

Ucapan Bapa Pengantin

Nasihat Kepada Anak Perempuan

Sebagai seorang bapa, tentulah pada majlis itu berbagai nasihat diberikan kepada anak yang mendirikan rumah tangga dengan pasangannya. Lebih-lebih lagi apabila pengantin yang diraikan adalah anak perempuannya sendiri. Dalam nasihat tersebut si bapa perlulah menekankan pentingnya seorang isteri menghormati suaminya dalam segala hal. Seorang isteri perlu mendahulukan suaminya kerana syurga bagi seorang isteri adalah di bawah tapak kaki suaminya bukan lagi seperti sebelumnya. Segala kata nasihat yang baik dari suami hendaklah diikuti. Jangan sesekali pulang ke rumah ibu bapa ataupun bersiar-siar tanpa pengetahuan suami.

Bapa juga sepatutnya meluahkan hasrat hatinya untuk menghalalkan segala makan minum tatkala pengantin tinggal bersama mereka.

Nasihat Kepada Anak Lelaki

Sekiranya pengantin yang diraikan itu adalah anak lelaki kepada seorang bapa yang memberikan ucapan maka nasihat juga hampir sama dengan anak perempuan tetapi dalam situasi yang lebih menekankan tanggungjawab sebagai suami. Oleh kerana suami mempunyai hak penjagaan ke atas isterinya. Maka nasihat yang baik ialah agar anaknya menjadi suami yang baik dan membentuk isteri ke jalan yang diredhai.

Ucapan Pengantin

Kepada semua pihak yang menjayakan majlis

Pengantin lelaki hendaklah tidak terlupa mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir ke majlis itu.Ucapan terima kasih yang paling diutamakn ialah kepada mereka yang bekerja keras menjayakan majlis itu daripada awal hinggalah selesai majlis.

Jika terdapat beberapa kelemahan kepada pengajuran majlis tersebut, ianya tidaklah perlu disebutkan bagi mengelakkan ada pihak yang akan terasa bersalah. Sebaliknya berilah ucapan tahnaih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis.

1. Mesej Kepada Tetamu Yang Hadir

Antara isi kandungan ucapan ialah mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir pada majlsi berkenaan. Sebagai tuan rumah juga pengantin lelaki perlu memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang majlis itu diadakan. Kepada tetamu yang memberikan hadiah juga perlu diucapkan terima kasih.

2. Mesej Kepada Ibu Bapa

Pengantin lelaki juga harus mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa kerana merestui perkahwinan itu. Pengantin lelaki juga seharusnya mengingatkan kembali segala jasa yang dicurahkan oleh mereka sehinggalah beliau berjaya menjadi seorang manusia matang dan bakal menjadi seorang bapa dalam keluarga yang bakal dibentuk.

Seelok-eloknya pengatin lelaki juga perlulah berjanji kepada kedua ibu bapanya beliau akan memjadi seorang suami yang baik, akan menjaga isteri sebagaimana bapa menjaga ibu dan anak-anak. Selain itu pengatin lelaki juga boleh menyatakan harapan dan doa supaya ibu bapanya mendapat balasan kebajikan yang besar dari Allah Subhanahuataala atas jasa mereka kepada dirinya selama ini.

3. Mesej kepada kawan-kawan sekerja ataupun rakan belajar

Kepada kawan-kawan yang belum mendirikan rumah tangga harapan dan doa pengatin supaya mereka juga mendapat pasangan hidup yang sesuai seterusnya mendirikan rumah tangga seperti beliau. Pengantin juga perlu mengucapkan terima kasih di atas segala dorongan dan nasihat yang mereka berikan kepadanya selama ini.

Jamuan Tahunan Organisasi

Dalam jamuan tahunan sesebuah organisasi pengacaramajlis memanggil pengurus memberikan ucapan alu-aluan. Pengurus yang memberikan ucapan hendaklah memastikan mesej yang akan disampaikan itu bertepatan dengan tujuan majlis itu diadakan.

Ucapan Pengurus Organisasi

Sebagai pengurus yang berhati mulia, ucapan terima kasih hendaklah diberikan kepada semua pekerja yang berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tahun itu. Antara kandungan utama ucapan pengurus ialah:

1. Ucapan terima kasih kepada semua pekerja atas sumbangan yang diberikan.

2. Menyatakan pencapaian prestasi syarikat sepanjang tahun itu dengan membuat perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya.

3. Menyatakan wawasan yang ingin dicapai ataupun apa-apa pindaan falsafah terbaru seperti yang dilancarkan oleh lembaga pengarah.

4. Menyampaikan amanah ataupun pesana pihak pengurusan atasan di ibu pejabat jika ada supaya semua pekerja sedar pihak atasan sentiasa memberi perhatian kepada mereka walau berada di lokasi yang jauh dan ibu pejabat.

5. Mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur yang berjaya menganjurkan majlis jamuan tahunan itu.

6. Memuji-muji semua kakitangan tanpa merujuk kepada peribadi tertentu sebaliknya membuat focus yang global kepada semua pekerja.

Perkara yang perlu dielakkan ketika memberikan ucapan:

1. Tidak menjanjikan apa-apa bayaran bonus apabila keputusan itu belum diputuskan oleh pihak pengurusan atasan.

2. Tidak menyebut kesilapan ataupun salah laku yang dilakukan oleh man-mana individu sepanjang tahun itu bagi mengelakkan acara jamuan itu menyentuh peribadi seseorang.

3. Tidak menyampaikan mesej berupa ugutan pada mana-mana pekerja yang gagal mencapai prestasi yang ditetapkan.

4. Tidak memperli sesiapa juga yang membuat kebaikan atau kesilapan dalam pekerjaan masing-masing.

5. Tidak memperkecil-kecilkan kebolehan pekrja baru dalam mengendalikan tugas yang diarahkan.

6. Tidak membanding-bandingkan prestasi antara jabatan yang ada dalam organisasi keseluruhan.

No comments:

Post a Comment